Skip to content
Home » Rukun Iman Muat Turun PDF

Rukun Iman Muat Turun PDF

RUKUN IMAN DISEDIAKAN OLEH JABATAN KAJIAN ILMIAH UNIVERSITI ISLAM MADINAH
? Tajuk Buku Rukun Iman Muat Turun Pdf
? Pengarang BukuAbdul Basit Bin Abdul Rahman
?️ Jumlah Halaman133
?️Bilangan Pelawat

Loading

? BahasaMelayu
? Muat turun bukuPautan muat turun terus PDF
? Dapatkan buku fizikalKlik untuk buku fizikal dari Amazon

Rukun Iman Disediakan Oleh Jabatan Kajian Ilmiah Universiti Islam Madinah (Bahasa Malaysia) alih Bahasa oleh Abdul Basit Bin Abdul Rahman.

RUKUN IMAN

Rukun Iman ialah: Beriman kepada Allah, Malaikat-malaikatNya, Kitab-kitabNya, Rasul-rasulNya dan Hari Akhirat serta Qadar (untung) baik mahupun buruk.

 Firman Allah Taala: “Tetapi kebajikan itu ialah beriman kepada Allah, Hari Akhirat, para malaikat, kitab-kitab dan nabi-nabi” (Surah Al-Baqarah, ayat 177). Firman Allah Taala: “Semuanya beriman kepada Allah, malaikat-malaikatNya, kitab-kitabNya dan rasul-rasulNya. Mereka berkata: Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain dari rasul-rasulNya” (Surah Al-Baqarah, ayat 285). “Sesungguhnya Kami menciptakan setiap sesuatu menurut takdir (yang telah ditentukan)” (Surah Al-Qamar, ayat 49). Sabda Rasulullah SAW “Iman itu ialah: Engkau beriman dengan Allah, para malaikatNya, kitab-kitabNya, rasul-rasulNya dan Hari Akhirat serta Qadar (untung) baik dan yang tidak baik”. (Hadis riwayat Muslim).

Iman itu: Pengucapan dengan lidah, iktikad (percaya) dengan hati dan beramal dengan anggota, iman bertambah dengan melakukan ketaatan serta berkurangan dengan sebab melakukan maksiat. Firman Allah Taala: “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut (nama) Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, maka bertambah iman mereka dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.

Orang-orang yang mendirikan solat dan yang mendermakan sebahagian daripada rezeki yang kami kurniakan kepada mereka, merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan mendapat pangkat-pangkat yang tinggi di sisi Tuhan mereka dan keampunan serta limpah kurnia yang mulia (syurga)” (Surah Al-Anfal, ayat 2-4). Firman Allah Taala: Sesiapa yang kufur kepada Allah, malaikat- malaikatNya, kitab-kitabNya dan rasul-rasulNya juga Hari Akhirat, maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang sejauh-jauhnya”. (Surah An-Nisa’, ayat 136).

Iman dengan lidah adalah seperti zikir, doa, amar makruf nahi mungkar, membaca Al-Quran dan seumpamanya. Manakala iman dengan hati adalah seperti iktikad (percaya) kepada keesaan Allah dalam Rububiyyah (kekuasaan)Nya, Uluhiyyah (ketuhanan)Nya, nama-namaNya, sifat-sifatNya dan wajib menyembahNya dengan tidak ada sekutu bagiNya serta semua perkara yang berkaitan dengannya daripada niat dan maqasid (tujuan).

Termasuk juga dalam takrifan iman ialah amalan-amalan hati, seperti cintakan Allah, takutkanNya, sentiasa kembali kepadaNya, bertawakkal kepadaNya dan sebagainya. Juga termasuk dalam kategori Iman, amalan-amalan yang dilakukan oleh anggota, antaranya: solat, puasa, semua Rukun Islam yang lain, berjihad pada jalan Allah, menuntut ilmu dan lainnya.

Untuk membaca lebih lanjut tentang Rukun Iman Muat Turun Pdf buku klik butang muat turun untuk mendapatkannya secara percuma

Laporkan pautan rosak
Sokong laman web ini

Klik disini untuk laman web yang sama sekali berbeza*

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *