Skip to content
Home » Rukun Islam MUAT TURUN PDF

Rukun Islam MUAT TURUN PDF

RUKUN ISLAM
? Tajuk Buku Rukun Islam Muat Turun Pdf
? Pengarang BukuAbdul Basit Bin Abdul Rahman
?️ Jumlah Halaman107
?️ Jumlah Pelawat

Loading

? BahasaMalaysia
? Muat turun bukuPautan muat turun terus PDF
? Dapatkan buku fizikalKlik untuk buku fizikal dari Amazon

Rukun Islam Disediakan Oleh Jabatan Kajian Ilmiah Universiti Islam Madinah (Bahasa Malaysia) alih Bahasa oleh Abdul Basit Bin Abdul Rahman.

RUKUN ISLAM

Rukun Pertama: Mengaku bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawa Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah. Dua Kalimah Syahadah ini merupakan pintu masuk ke dalam Islam dan kedua-duanya merupakan Rukun Islam yang terbesar. Seseorang itu tidak dikira sebagai orang Islam kecuali dengan mengucapkan dua Kalimah Syahadah serta beramal dengan isi kandungannya dan dengan mengucapkannya, seorang kafir itu menjadi Islam.

Makna Syahadah La ilaha illallah (bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah) iaitu mengucapkannya serta mengetahui maknanya dan beramal dengan segala isi kandungan yang terkandung di dalamnya secara zahir dan batin.

Adapun mengucap dua Kalimah Syahadah dengan tidak mengetahui maknanya, juga tidak beramal dengan segala isi kandungan yang terdapat di dalamnya tidak memberi manfaat menurut ijma’ (kesepakatan) ulama’, bahkan ianya menjadi hujjah ke atas orang yang mengucapkannya. Makna (La ilaha illallah) ialah: Tidak ada tuhan yang berhak disembah dengan sebenarnya kecuali Allah Yang Maha Esa Subhanahu wa Ta‘ala (Yang Maha Suci dan Maha Tinggi). Kalimah Syahadah ini mempunyai dua rukun iaitu: “AnNafyu” dan “al-Isbat”, menafikan semua ketuhanan yang lain selain daripada Allah Ta‘ala dan mengisbatkan ketuhanan bagi Allah yang Esa tidak ada sekutu baginya.

Syahadah ini juga mengandungi makna mengkufurkan (mengingkarkan) thaghut – iaitu semua benda yang disembah selain daripada Allah Ta‘ala yang terdiri daripada manusia, batu, pokok, hawa nafsu atau shahwat membencinya serta berlepas diri daripadanya.

Sesiapa yang mengucapkannya tetapi tidak mengkufuri semua perkara yang disembah selain daripada Allah maka dia tidak memenuhi kehendak kalimah ini. Firman Allah Ta‘ala: “Dan Tuhan kamu ialah Tuhan Yang Maha Esa tidak ada tuhan yang berhak disembah melainkan Dia Yang Sangat Memberi Rahmat dan Kasihan Belas”. (Al-Baqarah: 163). Firman Allah Ta‘ala: “Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama Islam, sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Sesiapa yang mengingkari thaghut (syaitan dan apa saja yang disembah selain daripada Allah) dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada simpulan tali (Iman) yang amat kuat dan tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”. (Al-Baqarah: 256).

Makna ‘al-Ilah’ ialah Tuhan yang disembah dengan sebenarnya. Sesiapa yang hanya beri’tiqad bahawa ‘al-Ilah’ ialah Tuhan yang menciptakan, memberi rezeki atau berkuasa mencipta sesuatu, dengan beriman bahawa perkara tersebut sahaja telah memadai dengan tidak perlu lagi mengesakan Allah dalam beribadat maka sesungguhnya ucapan “La ilaha illallah” yang diucapkannya tidak memberi manfaat kepadanya di dunia untuk memasuki Islam dan seterusnya tidak dapat melepaskannya daripada seksaan yang kekal abadi di negeri akhirat.

Untuk membaca lebih lanjut tentang Rukun Islam Muat Turun Pdf buku klik butang muat turun untuk mendapatkannya secara percuma

Laporkan pautan rosak
Sokong laman web ini

Klik disini untuk laman web yang sama sekali berbeza*

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *