Skip to content
Home » Rum Di Dalam Ahadith Akhir Zaman PDF DOWNLOAD

Rum Di Dalam Ahadith Akhir Zaman PDF DOWNLOAD

BANGSA APAKAH YANG DIRUJUK SEBAGAI RUM DI DALAM AHADITH AKHIR ZAMAN
? Judul Buku Rum Di Dalam Ahadith Akhir Zaman
? Pengarang BukuMusa Cerantonio
?️ Jumlah Halaman48
?️ Jumlah Pengunjung

Loading

? BahasaIndonesia
? Download bukuPautan Direct Download PDF
? Dapatkan buku fizikalKlik untuk buku fizikal dari Amazon

Bangsa Apakah Yang Dirujuk Sebagai Rum Di Dalam Ahadith Akhir Zaman oleh Musa Cerantonio

BANGSA APAKAH YANG DIRUJUK SEBAGAI RUM DI DALAM AHADITH AKHIR ZAMAN

Apabila membaca atau membincang tentang eskatologi Islamiah (ilmu akhirat Islamiah) adalah hampir mustahil untuk mengelak daripada menyebut suatu bangsa yang kenali sebagai Rum. Telah banyak perbahasan dilakukan untuk menentukan siapakah sebenarnya umat Rum di akhir zaman nanti dan pelbagai pendapat dikemukakan, namun masih tiada kata sepakat dalam isu ini. Bukanlah suatu perkara ganjil apabila wujud perbahasan tentang sesuatu isu yang belum berlaku, namun adalah amat mengejutkan bagi penyelidik-penyelidik isu-isu tersebut untuk mendapati amat sedikit perbicaraan tentang identiti Rum dibincangkan, dan terlalu jarang sekali untuk menemui perbincangan terperinci mengenai tajuk tersebut atau ada suatu rumusan pendapat yang dipersetujui oleh seluruh ilmuan Muslim. Ketiadaan kata putus yang dipersetujui oleh ramai yang bertembung dengan berbagai pendapat mereka mereka yang menulis tentang hal ini menunjukkan identiti siapakah Rum itu masih belum tuntas terjawab, dan ianya masih belum dipertimbangkan secukupnya, sehingga ia meninggalkan persoalan kepada ramai apakah persoalaan ini tidak akan terjawab sampai ke akhir zaman atau jika jawapan itu akan diperolehi, tetapi sebenarnya kurangnya perhatian terhadap isu inilah yang melahirkan semacam kejahilan tentang tajuk ini.

Saya telah berusaha membaca and mendengar semua pendapat tentang tajuk ini dan kemudian sedaya-upaya cuba mencari jawapan saya sendiri bagi persoalan besar ini, dan memutuskan setelah perbincangan panjang-lebar dengan mereka-mereka yang diyakini mampu menasihati yang terbaik, semua mereka mencadangkan supaya saya berkongsi penemuan saya tentang isu ini dengan harapan sekurang-kurangnya akan menyemarakkan perbincangan khususnya tajuk ini dan harapan sebaiknya agar ia dapat mempersiapkan ummah Muslimin sebaik mungkin dalam menghadapi peristiwa peristiwa yang pasti itu nanti. Saya berdoa kepada Allah Ta’ala semoga memberkati usaha ini dan ianya memberi manfaat kepada semua mereka yang beriman yang membacanya.

Di antara rahmat daripada Allah kepada kita sebagai satu ummah ialah kita bukan sahaja dikhabarkan dengan kisah-kisah yang telah berlalu tetapi juga diingatkan dengan pelbagai maklumat tentang tanda-tanda atau amaran-amaran mengenai masa yang akan datang. Sebagaimana al-Qur’an dan pengajaran Nabi Muhammad SAW mengajar kita cerita-cerita umat-umat terdahulu dan apa yang telah terjadi kepada

mereka, begitulah juga kita diingatkan tentang apa yang akan berlaku kepada umat ini di hari-hari yang akan mendatangi kita, sehinggalah akhir zaman. Ini ialah rahmat yang akan menolong kita untuk bersedia secukupnya dalam menghadapi apa yang akan terjadi, bagaimana pun ia juga menuntut kita supaya bersungguh-sungguh dalam memahami erti sebenar dan akibat-akibat setiap peringatan dan ramalan yang tersirat di dalam Wahyu.

Apabila kita menyelusuri tanda-tanda kedatangan akhir zaman kita perlu sedar bahawa memahami apa yang dikhabarkan itu adakala jelas dan mudah tetapi dalam keadaan lain hampir mustahil untuk dipastikan sehinggalah peristiwa-peristiwa itu berlaku. Suatu contoh ramalan yang jelas diberitakan dalam al-Qur‘an ialah seperti apa yang tersurat dalam beberapa ayat awal Surah ar-Rum: “Telah tewas kaum Rum di bumi terdekat, tetapi mereka, setelah tewas, akan menang dalam tempoh 3–9 tahun.” [30:2–4]

Untuk membaca lebih lanjut tentang Rum Di Dalam Ahadith Akhir Zaman buku klik butang download untuk mendapatkannya secara percuma

Laporkan tautan rosak
Sokong laman web ini

Klik disini untuk laman web yang sama sekali berbeza*

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *