Skip to content
Home » Salah Faham Terhadap Islam PDF DOWNLOAD

Salah Faham Terhadap Islam PDF DOWNLOAD

SALAH FAHAM TERHADAP ISLAM
? Judul Buku Salah Faham Terhadap Islam
? Pengarang BukuMuhammad Qutb
?️ Jumlah Halaman165
?️ Jumlah Pengunjung

Loading

? BahasaIndonesia
? Download bukuPautan muat turun terus PDF
? Dapatkan buku nyataKlik untuk buku nyata dari Amazon

Salah Faham Terhadap Islam oleh Muhammad Qutb

SALAH FAHAM TERHADAP ISLAM

KERANA terpesona dengan kemajuan-kemajuan sains di dalam abad kedelapan belas dan kesembilan belas, ramai cerdik pandai-cerdik pandai Barat menyangka bahwa peranan agama telah berakhir atau tidak berguna lagi, kerana tempatnya telah diambil oleh sains.

Kebanyakan tokoh-tokoh ilmu masyarakat dan ilmu jiwa di Barat berpegang dengan sangkaan sedemikian. Frued ahli jiwa terkemuka—misalnya—telah membahagikan kehidupan manusia kepada tiga peringkat perkembangan jiwa iaitu:

  • Peringkat mempercayai tahyul atau kharafat.
  • Peringkat mempercayai agama.
  • Peringkat mempercayai sains.

Tadi, di dalam sekapur sirih, telah saya jelaskan faktor-faktor dan suasana-suasana yang bertanggungjawab mendorong cerdik pandai Eropah berpegang dengan teori seperti ini iaitu teori yang menentang dan memandang jejek kepada agama. Di sana telah saya tegaskan bahwa pergolakan yang tercetus di antara gereja-gereja dan kaum cerdik pandai telah membuat mereka benar-benar merasa bahwa apa yang dikatakan oleh gereja itu merupakan pendapat pendapat yang kolot, mundur, lapuk dan karut. Justru kerana itu pendapat gereja harus digantikan dengan pendapat sains agar manusia mendapat kesempatan untuk tampil maju menuju jalan tamaddun.

Kemudian timbul pula penyakit suka meniru di negeri-negeri Islam yang terjajah dan penyakit inilah yang menibuat mereka menyangka bahwa satu-satunya, jalan untuk mencapai kemajuan ialah mengikuti jalan-jalan yang dirintis oleh negara-negara Eropah yang maju dan berkuasa hari ini. Dan ini bererti mereka harus membuang agama mereka sebagaimana Eropah telah membuang agamanya. Tanpa bertindak demikian mereka akan terus menerus berada dalam kejatuhan, kemunduran dan kekarutan. Tetapi mereka lupa bahwa tidak semua cerdik pandai dan pengarang-pengarang di Eropah memusuhi agama, rnalah di antara, mereka terdapat tokoh-tokoh yang berjiwa bebas dan materialisma Eropah yang tidak percaya kepada Tuhan itu. Mereka menganggapkan kepercayaan agama sebagai satu keperluan jiwa dan keperluan akal manusia. Di antara tokoh tokoh yang seperti itu ialah James Jean seorang ahli astronomi. Mula-mula beliau tidak percaya kepada Tuhan, tetapi akhirnya hasil-hasil dan penyiasatan-penyiasatan ilmiah yang dilakukan olehnya telah meyakinkan beliau bahwa masaalah-masaalah sains yang paling, besar tidak dapat dihurai tanpa mempunyai kewujudan Tuhan.

Jeans Bridge ahli pengajian masyanakat yang terkemuka tampil lebih jauh dan itu lagi. Beliau telah memberi sanjungannya yang tinggi kepada Islam kerana kejayaannya memadukan kebendaan dengan rohaniah dalam satu sistem fikiran yang dicampur dengan peraturan peraturan hidup yang peraktis. Somerset Maugham, novelis Inggeris yang terkemuka telah membuat satu rumusan yang bijak apabila ia berkata. begini: “Eropah telah membuang Tuhannya kerana ia telah menemui satu tuhan yang baru iaitu sains.” Tetapi sains seberubah-ubah dan tidak tetap. Kadang kadang hari ini Ia membenarkan pendapat-pendapat yang telah ditolaknya di hari kelmarin dan mungkin besok dia menolak pula pendapat-pendapat yang diterimanya pada hari ini. Justru kerana itu penyembah penyembah sains sentiasa gelisah dan tidak tetap.

Satu hakikat yang jelas ialah kegelisahan yang sentiasa dialami oleh dunia Barat hingga merosakkan saraf mereka dan mengakibatkan mereka menderitai berbagai-bagai penyakit jiwa dan saraf adalah hasil dan satu pergolakan yang tidak berhenti-henti berlaku di negara mereka, sedangkan mereka tidak mempunyai satu pegangan yang kukuh samada di bumi atau di langit. Segala sesuatu di sekeliling mereka dilanda perubahan-perubahan; sistem-sistem ekonomi berubah-ubah, sistem politik juga berubah-ubah, hubungan individual dan internasional berubah dan fakta-fakta sains juga turut berubah.

Untuk membaca lebih lanjut tentang Salah Faham Terhadap Islam buku klik butang download untuk mendapatkannya secara percuma

Laporkan tautan rosak
Sokong laman web ini

Klik disini untuk laman web yang sama sekali berbeza*

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *