Skip to content
Home » Tafsir Sepersepuluh Yang Terakhir PDF DOWNLOAD

Tafsir Sepersepuluh Yang Terakhir PDF DOWNLOAD

TAFSIR SEPERSEPULUH YANG TERAKHIR DISERTAKAN HUKUM-HAKAM YANG PENTING BAGI SEORANG MUSLIM
? Tajuk Buku Tafsir Sepersepuluh Yang Terakhir
? Pengarang Buku
?️ Jumlah Halaman336
?️ Jumlah Pelawat

Loading

? BahasaMelayu
? Download bukuPautan Direct Download PDF
? Dapatkan buku fizikalKlik untuk buku fizikal dari Amazon

Tafsir Sepersepuluh Yang Terakhir Disertakan Hukum-Hakam Yang Penting Bagi Seorang Muslim

TAFSIR SEPERSEPULUH YANG TERAKHIR

Ketahuilah, bahawa sesungguhnya diwajibkan ke atas kita mempelajari empat perkara: Pertama: Ilmu; iaitu mengenal Allah, mengenal NabiNya dan mengenal agama Islam; kerana tidak boleh beribadah kepada Allah tanpa ilmu. Sesiapa yang berbuat demikian (ibadah tanpa ilmu), dia akan terjerumus kepada kesesatan dan menyerupai orang-orang Nasrani.

Kedua: Amal; sesiapa yang berilmu tetapi tidak beramal sesungguhnya dia telah menyerupai Yahudi, kerana mereka (Yahudi) berilmu tapi tidak beramal. Antara tipu helah syaitan, ia membuat manusia tidak suka terhadap ilmu dengan tanggapan dia akan dimaafkan di hadapan Allah nanti kerana kejahilannya. Dia juga tidak tahu bahawasanya sesiapa yang memiliki kesempatan untuk menuntut ilmu namun tidak melakukannya, maka telah tertegak hujah ke atasnya. Inilah dalil kaum Nabi Nuh ketika mana “mereka memasukkan jari jemari mereka ke dalam telinga dan menutup muka dengan bajunya” [Nuh: 7], agar hujah tidak tertegak ke atas mereka.

Ketiga: Berdakwah kepadanya (beramal dengan ilmu) kerana para ulama dan pendakwah adalah pewaris para Nabi. Allah (subḥānahuwata′ālā ) telah melaknat kaum Bani Israel kerana “mereka antara satu sama lain tidak melarang perbuatan mungkar yang mereka lakukan. Sesungguhnya amat buruk perbuatan mereka itu” [al-Maidah: 79]. Dakwah dan ta’lim itu merupakan fardhu kifayah; jika ada sebahagian orang yang mengerjakannya, maka yang lain tidak berdosa. Jika semua orang mengabaikannya maka berdosalah mereka semua.

Keempat: Sabar atas kesusahan ketika menuntut ilmu,beramal dengannya dan berdakwah kepadanya.Sebagai perkongsian daripada kami untuk membanteras kejahilan dan memudahkan untuk menuntut ilmu yang wajib, kami kumpulkan pada buku ringkas ini pengetahuan dengan kadar yang minimum dari pelbagai cabang ilmu Syariah dan tiga juzuk terakhir al-Quran bersama tafsirnya kerana kekerapan juzuk ini diulang-ulang. Sesuatu yang tidak dapat dicapai kesemuanya, jangan ditinggalkan kesemuanya terus. Kami berusaha untuk menyampaikan apa yang terdapat di dalam buku ini secara ringkas, berdasarkan apa yang sahih dari Nabi Muhammad (ṣallallāhu ‘alaihiwa sallam) Kami tidak mengakui usaha ini mencapai kesempurnaan; kerana ianya (kesempurnaan) itu adalah hak milik Allah (subḥānahuwata′ālā ) sahaja.

Untuk membaca lebih lanjut tentang Tafsir Sepersepuluh Yang Terakhir buku klik butang download untuk mendapatkannya secara percuma

Laporkan pautan rosak
Sokong laman web ini

Klik disini untuk laman web yang sama sekali berbeza*

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *