Skip to content
Home » Tiga Asas Utama MUAT TURUN PDF

Tiga Asas Utama MUAT TURUN PDF

TIGA ASAS UTAMA
? Tajuk Buku Tiga Asas Utama Muat Turun Pdf
? Pengarang BukuSheikh Muhammad Bin Abdul Wahad At-Tamimi
?️ Jumlah Halaman17
?️ Jumlah Pelawat

Loading

? BahasaMalaysia
? Muat turun bukuPautan muat turun terus PDF
? Dapatkan buku fizikalKlik untuk buku fizikal dari Amazon

Tiga Asas Utama oleh Sheikh Muhammad Bin Abdul Wahab At-Tamimi (Bahasa Malaysia) alih Bahasa oleh Abdul Basit Bin Abdul Rahman

TIGA ASAS UTAMA

Sesungguhnya wajib ke atas kita mengetahui empat masalah ini: Pertama: Ilmu, iaitu ilmu mengenali Allah, RasulNya dan agama Islam dengan dalil – dalilnya. Kedua: Beramal dengannya. Ketiga: Berdakwah mengajak manusia kepadanya. Keempat: Bersabar di atas kesusahan kerananya. Dalilnya, firman Allah Taala: “Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh serta mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan yang berpesan-pesandengan kesabaran”. (Surah Al-‘Asr, ayat 1-3).

Kata Imam Syafi’e (rahimahullah): “Sekiranya Allah SWT tidak menurunkan hujjah ke atas hambaNya kecuali surah ini, nescaya ia sudah memadai bagi mereka”. Kata Imam Bukhari (rahimahullah): “Bab: Ilmu sebelum perkataan dan amalan, dalilnya, firman Allah Taala : “Maka ketahuilah (wahai Muhammad), bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan mintalah ampun kepadaNya di atas kesalahan yang telah engkau lakukan”. (Surah Muhammad, ayat 19). Maka Allah meletakkan ilmu mendahului perkataan dan perbuatan”.

Ketahuilah wahai saudara, semoga Allah merahmati kamu. Sesungguhnya wajib ke atas setiap muslim, lelaki dan perempuan memahami tiga perkara ini dan beramal dengannya. Pertama: Allah telah mencipta dan memberi rezeki kepada kita semua serta tidak membiarkan kita tanpa petunjuk. Dia telah mengutuskan RasulNya kepada kita. Sesiapa yang taat kepadaNya, akan mendapat balasan Syurga dan sesiapa yang ingkar akan mendapat balasan Neraka.

Dalilnya, firman Allah Taala: “Sesungguhnya Kami telah utuskan kepada kamu (wahai umat Muhammad), seorang Rasul yang menjadi saksi terhadap kamu (tentang orang yang mematuhi atau menolak seruannya), sebagaimana Kami telah utuskan kepada Firaun seorang Rasul. Maka Firaun menderhaka kepada Rasul itu, lalu Kami menyeksanya dengan azab seksa yang seberat-beratnya”. (Surah Al-Muzzammil, ayat 15-16). Kedua: Allah sekali-kali tidak membenarkan untuk menyekutuiNya dengan sesuatu apapun dalam melakukan ibadat kepadaNya, walaupun dengan malaikat yang hampir (dengan Allah) atau nabi yang diutus. Dalilnya, firman Allah Taala: “Bahawa sesungguhnya masjid-masjid itu adalah tempat untuk (beribadat kepada) Allah semata-mata, maka janganlah kamu menyeru dan menyembah sesuatu yang lain bersama-sama Allah”. (Surah Al-Jin, ayat 18).

Ketiga: Sesiapa yang mentaati Rasul dan mengakui akan keesaan Allah tidak harus baginya membela dan menyokong mereka yang menentang ajaran Allah dan RasulNya, walaupun mereka merupakan kaum kerabat yang terdekat.

Untuk membaca lebih lanjut tentang Tiga Asas Utama Muat Turun Pdf buku klik butang muat turun untuk mendapatkannya secara percuma

Laporkan pautan rosak
Sokong laman web ini

Klik disini untuk laman web yang sama sekali berbeza*

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *